Back to News Archive
Majlis Simbolik Pemberian Kurma kepada Kakitangan Kolej SIDMA Sarawak dan Penyerahan Sumbangan kepada Masjid & Surau sempena program Bubur Lambuk anjuran Kolej SIDMA Sarawak 2019.
3 MEI 2019
Majlis Simbolik Pemberian Kurma kepada Kakitangan Kolej SIDMA Sarawak dan Penyerahan Sumbangan kepada Surau dan Masjid sempena program Bubur Lambuk anjuran Kolej SIDMA Sarawak merupakan
aktiviti tahunan Kolej SIDMA Sarawak bagi berkongsi keberkatan sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1440H.
Kurma telah diberikan kepada 78 orang kakitangan Kolej SIDMA Sarawak yang
beragama Islam di Pusat Sumber Kolej SIDMA Sarawak. Penyerahan Sumbangan kepada Surau dan Masjid sempena dengan program Bubur Lambuk anjuran Kolej SIDMA Sarawak juga telah diterima oleh
wakil-wakil di Pejabat Pengerusi Kolej SIDMA Sarawak untuk diserahkan kepada pihak Surau-Surau dan Masjid-Masjid telah disenaraikan. Antara Surau-Surau dan Masjid-Masjid yang tersenarai
menerima sumbangan tersebut adalah Surau Imanuddin Kampung Baru Bako, Masjid Darul Ibadah Kampung Pangkalan Kuap, Masjid Al-Abyad (Masjid Putih) Taman Matang Jaya, Masjid Darul Muslimin
Kampung Salak, Surau Darul Falah Semariang Fasa 3, Masjid Darul Sholihin Kampung Menaul, dan Kumpulan Hadrah & Nasyid Awwabin (kerjasama PERMAI) Kampung Panglima Seman Ulu Petra Jaya.
Kurma dan sumbangan tersebut telah diserahkan sendiri oleh Pengerusi Kolej SIDMA Sarawak iaitu Tuan Haji Marzuki bin Umi, Pengarah Kewangan Hanizah binti Mohidin, dan Ketua Eksekutif Kolej SIDMA
Sarawak Dayang Hajah Sofia binti Abang Haji Bohan.
Majlis Simbolik Pemberian Kurma kepada Kakitangan Kolej SIDMA Sarawak dan Penyerahan Sumbangan kepada Masjid & Surau sempena program Bubur Lambuk anjuran Kolej SIDMA Sarawak yang dianjurkan pada
setiap tahun ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama kakitangan-kakitangan dan orang awam yang menerima agihan bubur lambuk. Di dalam kesempatan itu, kakitangan-kakitangan juga turut
mengambil kesempatan untuk saling bermaafan dalam persiapan untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Antara program lain yang telah dilangsungkan selain Majlis Pemberian Kurma dan program Pengagihan Bubur Lambuk yang bakal dilangsungkan pada 9 dan 23 Mei di Perkarangan Kolej SIDMA Sarawak,
Kolej SIDMA Sarawak turut menganjurkan program jelajah Asnaf pada 24 dan 25 Mei nanti.
Prepared by:
Media and Corporate Communication Department
SIDMA College Sarawak
Back to News Archive