SIDMA Academy Sarawak (L02681)

Wisma Mornie, No.1, Jalan Haji Taha,
93400, Kuching, Sarawak.
No. Tel : 082-413811
No. Fax : 082-258130
Layari www.sidmaswk.com.my untuk maklumat lanjut.

Pengenalan

PB SIDMA ACADEMY SARAWAK merupakan Pusat Bertauliah (PB) yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan pentauliahan yang diiktiraf adalah berdasarkan kepada keperluan industri dan pelatih-pelatih yang menuntut pengajian di PB ini akan diberikan pengiktirafan berdasarkan kepada Program Persijilan Kemahiran Malaysia (Sijil Kemahiran Malaysia - SKM).

Di samping itu, program yang dipohon mempunyai impak yang besar terhadap tenaga mahir dalam industri Pendidikan Awal Kanak-kanak yang menjadi pemangkin kepada dasar-dasar kementerian.

PB ini juga sebagai pendorong dan penyumbang untama di dalam melahirkan tenaga mahir untuk menyokong operasi dan perkembangan syarikat khususnya dalam bidang Technical and Vocasional Education and Training (TVET).

Objektif

–Membantu golongan belia yang tidak berjaya memasuki mana-mana institut pengajian awam untuk menyambung pengajian
–Membantu golongan belia yang mempunyai minat dalam bidang penjagaan & pendidikan awal kanak-kanak dan merealisasikan impian mereka menjadi pendidik/pengasuh yang berkemahiran & berkelayakan
–Melahirkan pelatih yang berkemahiran secara holistik dalam melaksanakan tugasan Teori & Amali semasa pengajian di PB mahupun di industri iaitu di TASKA-TASKA yang telah mempunyak MOA dengan pihak PB

Hasil Pembelajaran

Di akhir pengajian program ini, pelatih akan dapat:

–Memahami tugas & tanggungjawab seorang pengasuh/pendidik di TASKA
–Memahami & mendalami setiap perkembangan kanak-kanak bermula dari usia 0 bulan - 4 tahun.
–Mengetahui & mengaplikasikan kaedah-kaedah penjagaan & pengurusan kanak-kanak di TASKA dengan mengikut SOP yang dibenarkan oleh kementerian & badan-badan berkanun
–Memahami nilai murni & estetika dalam persekitaran ketika bersama dengan kanak-kanak

Metodologi Pengajaran

→ Kuliah (Teori & Amali)
→ Tugasan bertulis
→ Peperiksaan setiap CoCu (Unit Pembelajaran)
→ Latihan Industri (bulan ke - 10 pengajian : di TASKA - TASKA yang mempunyai MOA dengan pihak PB)
→ Peperiksaan Akhir/ Lawatan PPL (Pengawai Penilai Luaran) : Dilaksanakan selepas pelatih menamatkan LI iaitu bulan ke - 12 pengajian

Unit Pembelajaran

→ CoCu 1 EARLY CHILDHOOD DAILY ROUTINE CARE
→ CoCu 2 EARLY CHILDHOOD EDUCATION AND DEVELOPMENT
→ CoCu 3 EARLY CHILDHOOD BEHAVIOUR AND SOCIAL VALUE INSTILLMENT
→ CoCu 4 EARLY CHILDHOOD CARE CENTRE OPERATION SUPPORT
→ CoCu 5 FIRST AID ADMINISTRATION

Kelayakan Pelatih

• 18 tahun ke atas.
• Boleh membaca, mengira, dan menulis.
• Mempunyai minat dalam bidang penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Yuran

• Yuran Pendaftaran — RM100.00
• Yuran Keseluruhan — RM5000.00

Klik di sini untuk mendapatkan brochure terkini bagi Sesi Pengambilan September/Oktober 2019.