Back to News Archive

Pelajar UNITAR berpeluang menyambung pengajian ke University of Central Lanchashire (UCLan), United Kingdom.

4 Mac 2015 - Kolej SIDMA Sarawak menerima kunjungan Mr. Merrick Davidson daripada University of Central Lanchashire (UCLan), United Kingdom. Kehadiran Mr. Merrick Davidson ke Kolej SIDMA Sarawak yang juga Pusat Wilayah UNITAR International University Sarawak adalah bertujuan untuk mengadakan kerjasama serta berbincang mengenai peluang untuk pelajar Kolej SDIMA Sarawak dan UNITAR yang berada di Malaysia untuk menyambung pengajian lebih tinggi di University of Central Lanchashire (UCLan), United Kingdom. Selain itu, pelajar yang berada di tahun akhir pengajian turut dipelawa untuk menimba pengalaman belajar untuk tahun akhir pengajian mereka di University of Central Lanchashire (UCLan), United Kingdom. Yuran yang dikenakan adalah berpatutan dan terdapat juga beberapa biasiswa yang ditawarkan.

University of Central Lanchashire (UCLan) merupakan salah sebuah University yang terkemuka di United Kingdom. University yang berusia lebih 200 tahun ini kini menawarkan lebih 700 program dari peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah. Kini, University of Central Lanchashire (UCLan), United Kingdom memiliki 35 ribu pelajar dari seluruh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat dan kelayakan untuk menyertai program ini, pelajar boleh berjumpa dan bertanya lebih lanjut dengan Jabatan Pemasaran dan Korporat Komunikasi Kolej SIDMA di talian 082-412811 (Dayang Sunati/ Nor Ashikin).

Diterbitkan oleh:
Jabatan Media dan Komunikasi Korporat
Kolej SDIMA Sarawak.

Back to News Archive

This page is best viewed using the latest Firefox,Chrome, IE & Safari web browser with at least 1366 x 768 High Colour Resolution. This site is currently under ongoing maintenance / update / upgrade operation. Thank you for your interest.

PENDAFTARAN SEBAGAI PENGUNDI (PEMILIH) BAGI WARGA PELAJAR DI IPTS

Syarat-syarat Kelayakan :

1) Seorang warganegara Malaysia

2) Telah mencapai umur 21 Tahun

3) Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan

4) Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

Kaedah Pendaftaran :

1) Pendaftaran statik seperti di kaunter Ibu Pejabat SPR, Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pos Berkomputer.

2) Pendaftaran Bergerak sepert Out-Reach Team SPR, Penolong Pendaftar (Parti Politik) atau Penolong Pendaftar di Pejabat-pejabat Kerajaan yang dilantik oleh SPR.

Pusat-Pusat Pendaftaran :

i) Ibu Pejabat SPR di Putrajaya
ii) Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara
iii) Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara
iv) Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah
v) Tempat-tempat awam seperti pasar malam, pasar raya atau taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Out-Reach Team SPR

PENDAFTARAN SEBAGAI PENGUNDI (PEMILIH) BAGI WARGA PELAJAR DI IPTS

Announcements