Back to News Archive

Dekati Pelajar Luar Bandar melalui Program Kembara Ilmu Kolej SIDMA Sarawak.

Sumber: Utusan Sarawak (13 Mei 2015)

Bagi menyuntik semangat serta berkongsi ilmu pengetahuan untuk menyedarkan mereka bahawa ilmu sangat penting dan faktor kemiskinan ataupun jauh dari pusat Bandar bukan halangan kepada mereka untuk menjejakkan kaki ke menara gading, Kolej SIDMA Sarawak, Pusat Wilayah UNITAR International University Sarawak sekali lagi menganjurkan program Kembara Ilmu Fasa Pertama bagi tahun 2015.

Kembara Ilmu yang bertemakan LANGKAH MENUJU KEJAYAAN BERMULA SEMALAM kali ini melibatkan enam buah sekolah di lima daerah yang berlainan. Antara sekolah yang terlibat adalah SMK Simanggang, SMK Sri Aman, SMK St. Augustine, SMK (BM) Saratok, SMK Pakan Sarikei, SMK Agama Sibu dan SMK Kampung Nangka Sibu.

Kembara Ilmu ini melibatkan dua penceramah yang tidak asing lagi dalam dunia pendidikan dan juga motivasi, iaitu Prof. Dr. Mornie Kambrie, Pengerusi Kolej SIDMA Sarawak dan Prof. Madya Dr. Zaida Mustafa, Dekan Fakulti Pendidikan dan Komunikasi, UNITAR International University.

Menurut Prof. Dr. Mornie Kambrie, menerusi program Kembara Ilmu, mereka dapat menjejak serta berkongsi ilmu pengetahuan bersama para remaja terutamanya yang tinggal di kawasan luar Bandar.

“SIDMA amat mengambil berat berat soal kecemerlangan akademik pelajar-pelajar dari peringkat sekolah lagi. Keperluan motivasi diri yang tinggi dianggap amat penting bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing dan cemerlang”, kata beliau.

Selain itu, objektif kembara ilmu ini juga adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada generasi muda terutamanya pelajar sekolah akan keperluan motivasi diri dan daya kepimpinan untuk masa hadapan, menyuntik semangat, keyakinan serta jatidiri pelajar dalam menghadapi cabaran pembelajaran dan masa hadapan, membentuk pelajar yang berfikiran positif dalam mengharungi proses pembelajaran dan pembangunan kerjaya serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengenal dan mengetahui potensi diri untuk terus maju ke hadapan.

Menurut salah seorang daripada peserta, Lionel Ak Andrew Isup dari SMK Pakan, program Kembara Ilmu ini amat membantu dalam menyuntik semangat mereka untuk mencipta kejayaan pada peperiksaan SPM kelak.

“Program ini amat bagus kerana bukan sahaja menyuntik semangat kami yang mahu menduduki SPM malah pada masa yang sama membantu kami dalam menentukan hala tuju kami suatu masa kelak”, katanya.

Manakala bagi seorang lagi peserta, Rachel Ak Leap dari SMK (BM) Saratok, program ini telah membantu memberi kesedaran kepada beliau sebagai seorang pelajar bahawa untuk berjaya bukanlah suatu yang sukar.

“Program ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa tidak susah untuk seseorang itu mengecapi kejayaan. Apa yang penting adalah kemahuan dan usaha yang gigih,” katanya.

Program Kembara Ilmu ini akan diadakan lagi untuk fasa kedua 2015. Bagi sekolah yang ingin menyertai program ini bolehlah menghubungi Pegawai Komunikasi Korporat Kolej SIDMA Sarawak di talian 082-413811 untuk maklumat lanjut.



Prepared by:
Media and Corporate Communication Department
SIDMA College Sarawak

Back to News Archive

Research, Articles & Publications    [ Archive ]

5th Convocation Ceremony
SIDMA College Sarawak

Date : 17th January 2019
Venue : Dewan Majma
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,
Kompleks Islam Sarawak

Click Here for more info.

⛝ Beware

5th Convocation Ceremony
SIDMA College Sarawak

Date : 17th January 2019
Venue : Dewan Majma
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,
Kompleks Islam Sarawak

Click Here for more info.

⛝ Beware

5th Convocation Ceremony
SIDMA College Sarawak

Date : 17th January 2019
Venue : Dewan Majma
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,
Kompleks Islam Sarawak

Click Here for more info.

5th Convocation Ceremony
SIDMA College Sarawak

Date : 17th January 2019
Venue : Dewan Majma
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,
Kompleks Islam Sarawak

Click Here for more info.

Announcements