Back to News Archive

Riang Raya Sehati Sejiwa SIDMA Meriah.

Sambutan Hari Raya Kolej SIDMA Sarawak, Pusat Wilayah UNITAR International University kali ini diadakan lebih meriah berbanding tahun-tahun yang lepas. Bertemakan Riang Raya Sehati Sejiwa, sambutan Hari Raya ini diadakan secara tiga peringkat. Program ini bukan sahaja melibatkan 100 kakitangan Kolej SIDMA, malah para pelajar turut dijemput bagi memeriahkan lagi sambutan Riang Raya Sehati Sejiwa ini.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah Kolej SIDMA Sarawak, Marzuki Umi, tema yang dipilih pada tahun ini agak berlainan memandangkan sambutan Hari Raya tahun ini masih disambut dalam bulan kemerdekaan.

“Pada tahun ini, tema dan semangat kami berbeza berbanding tahun lepas, dimana pada tahun ini sambutan Hari Raya kita lebih bersemangat kerana kita turut menyambut kedatangan bulan kemerdekaan. Jadi kita ada dua semangat iaitu semangat untuk menyambut Aidlfitri dan semangat menyambut bulan kemerdekaan”, katanya semasa ditemui pada majlis Riang Raya Sehati Sejiwa tersebut.

Bagi Ketua Eksekutif Kolej SIDMA Sarawak, Dayang Sofia Abang Bohan pula, selain meraikan Hari Raya dan bulan kemerdekaan, majlis ini juga turut dijadikan landasan merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan dan pelajar.

“Jika hari biasa kita sangat sibuk dengan tugasan masing-masing, maka pada majlis seperti ini semua kakitangan dan pelajar dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka disamping mengeratkan lagi silaturahim sesama mereka”, katanya.

Selain dijamu dengan pelbagai hidangan dan juadah, hadirin yang hadir juga turut dihiburka dengan persembahan nyanyian lagu raya yang didendangkan oleh kakitangan dan pelajar Kolej SIDMA yang berbakat.

Bagi mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan pelajar dan kakitangan, pertandingan seperti menganyam ketupat, memakaikan kain tudung dan mengikat kainsamping turut diadakan pada majlis tersebut.



Prepared by:
Utusan Sarawak/ Ogos 2015

Back to News Archive

This page is best viewed using the latest Firefox,Chrome, IE & Safari web browser with at least 1366 x 768 High Colour Resolution. This site is currently under ongoing maintenance / update / upgrade operation. Thank you for your interest.

PENDAFTARAN SEBAGAI PENGUNDI (PEMILIH) BAGI WARGA PELAJAR DI IPTS

Syarat-syarat Kelayakan :

1) Seorang warganegara Malaysia

2) Telah mencapai umur 21 Tahun

3) Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan

4) Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

Kaedah Pendaftaran :

1) Pendaftaran statik seperti di kaunter Ibu Pejabat SPR, Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pos Berkomputer.

2) Pendaftaran Bergerak sepert Out-Reach Team SPR, Penolong Pendaftar (Parti Politik) atau Penolong Pendaftar di Pejabat-pejabat Kerajaan yang dilantik oleh SPR.

Pusat-Pusat Pendaftaran :

i) Ibu Pejabat SPR di Putrajaya
ii) Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara
iii) Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara
iv) Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah
v) Tempat-tempat awam seperti pasar malam, pasar raya atau taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Out-Reach Team SPR

PENDAFTARAN SEBAGAI PENGUNDI (PEMILIH) BAGI WARGA PELAJAR DI IPTS

Announcements