Back to News Archive

Program Kembara Ilmu Ustaz Don- Kolej SIDMA Meriah.

Sumber: Utusan Sarawak/ 13 April 2016.

Kembara Ilmu bersama Ustaz Don Daniyal yang dianjurkan oleh Kolej SIDMA Sarawak, Pusat Wilayah UNITAR International University baru-baru ini berlangsung dengan jayanya. Kembara Ilmu yang berlangsung selama tiga hari tersebut bukan sahaja telah diadakan di beberapa tempat di sekitar Kuching malah program ini turut menjejak kaki ke Kampung Gedong Serian.

Acara kemuncak Kembara Ilmu tersebut adalah Pertandingan Bacaan Surah Al-Fatihah. Seramai 51 peserta telah mengikuti pertandingan tersebut yang terbuka kepada tiga kategori, iaitu kategori 5 hingga 9 tahun, kategori 10 hingga 12 tahun dan kategori untuk Kanak-kanak dari Sekolah Rendah Pendidikan Khas.

Menurut Pengerusi Kolej SIDMA Sarawak, Haji Marzuki bin Umi, beliau tidak menjangka sambutan begitu memberangsangkan memandangkan pada minggu yang sama terdapat banyak acara lain yang diadakan di Kuching.

“Kami tidak menyangka bahawa sambuatan adalah diluar jangkaan, dan penyertaan sangat memberangsangkan. Walaubagaimanapun kami terpaksa menghadkan penyertaan kerana faktor masa yang agak terhad.”

Bagi salah seorang daripada ibu peserta pertandingan, Haslinda Drahman, beliau amat teruja dengan pertandingan tersebut kerana juri yang mengadili pertandingan tersebut bukan calang-calang orang dimana beliau bukan sahaja seorang selebriti, malah seorang ikon yang menjadi ikutan tidak kira remaja atau kanak-kanak terutamanya dalam bidang agama.

“Alhamdulillah, saya merasa anak saya sangat bertuah kerana dapat mengikuti pertandingan ini, kerana jurinya adalah Ustaz Don Daniyal sendiri, dimana selama ini kita hanya boleh dengar beliau komen dalam televisyen, namun kali ini dia beri komen secara langsung, sangat teruja kami sebagai ibu-bapa”, katanya.

Bagi pengarah projek Kembara Ilmu tersebut, Nor Ashikin Abdul Rahman, memandangkan program yang julung kalinya ini mendapat sambutan di luar jangka, tidak mustahil Kolej SIDMA akan mengadakan lagi program Kembara Ilmu ini bersama Ustaz Don atau selebriti lain pada masa yang akan datang.

“Memandangkan sambutan bagi program yang diadakan kali ini amat memberangsangkan, jadi pihak kami bercadang akan mengadakan lagi program seperti ini di masa akan datang…kena tunggu…” tambahnya.

Antara tajuk yang dibicarakan sepanjang program Kembara Ilmu tersebut adalah, Kematian Terindah, Fadhilat surah Al-Fatihah, Menjadi Insan Cemerlang Gemilang Terbilang di Mata Allah, Anak Aset Ke Syurga dan Bekerja sambil Beramal.



Prepared by:
Media and Corporate Communication Department
SIDMA College Sarawak

Back to News Archive

Research, Articles & Publications    [ Archive ]

BIAR BETUL !!!

JOM DAFTAR ! Pengambilan April 2019
KINI BERLANGSUNG...

Semua mampu masuk UNITAR ! Hanya dengan SPM !

Klik untuk maklumat lanjut.

Beware of ONLINE SCAM

As a user of internet, it is important to learn to recognize and spot an online scam a mile away, before you get suckered. Let's take a look at several signs of an Internet scam.

Click Here for more details.

New Intake are NOW OPEN!

REGISTER NOW and
enjoy RM100 OFF Registration fees

Be Part Of SIDMA & UNITAR Family Now!

Click Here for more info.

Beware of ONLINE SCAM

As a user of internet, it is important to learn to recognize and spot an online scam a mile away, before you get suckered. Let's take a look at several signs of an Internet scam.

Click Here for more details.

BIAR BETUL !!!

JOM DAFTAR ! Pengambilan April 2019
KINI BERLANGSUNG...

Semua mampu masuk UNITAR ! Hanya dengan SPM !

Klik untuk maklumat lanjut.

Announcements